Isnin, 24 Ogos 2009

Suasana Pilihanraya Di SJKC Lay Keow

Update 7.06 pm

Batu5 baru sampai rumah setelah selasai proses pengiraan undi di SRJKC Lay Keow.Barisan Nasional Mendapat 555 undi , PAS mendapat 1225 undi.Tak kisahlah walaupun kalah..asalkan dapat mengurangkan majoriti dari PRU yang lalu.Batu5 mengucapakan terima kasih kepada jentera BN dan pengundi BN yang tidak jemu menyokong BN.Batu5 akhiri liputan pilihanraya di SRJKC Lay Keow dengan ucapan selamat berpuasa kepada seluruh umat ISLAM di Malaysia .

Update 3.30 pm

Boleh dikatakan tiada lagi pengundi yang datang mengundi di SRJKC Lay Keow . Tinggal 1jam 30minit lagi . Kepada jentera .. pi cari mana mana yang belum undi..cepat..cargassss



Batu5:Posting last dah ni..nanti lepas counting baru update lagi...batu5 nak masuk dalam dah..counting agent...salam perjuangan

Update 3.08 pm

Suasana di SRJKC Lay Keow tenang dengan hanya 2-3 pengundi pada setiap 10 ke 15 minit . Dianggarkan hampir 60% pengundi sudah menunaikan tanggungjawab masing masing . Peluang untuk calon Barisan Nasional diramalkan cerah . Insyaallah .



Batu5:melaporkan dari dalam kedai baja :)

Update 2.00 pm

Sudah 54% pengundi sudah menunaikan tanggungjawab masing masing . Suasana sekitar SRJKC Lay Keow tenang . Kelihatan hanya 2-3 pengundi saja yang turun mengundi dalam sejam yang lalu.Mungkin selepas solat zohor suasana akan kembali rancak . Ayuh...bangkit....tekadkan pilihan anda kepada BARISAN NASIONAL

Update 12.24 pm

Suasana di SRJKC Lay Keow kembali tenang .. pengundi semakin berkurangan .. mungkin cuaca yang makin panas . Penyokong kedua dua pihak juga mula kepenatan dan sedang berehat di khemah masing masing.

Batu5 : melaporkan dari dalam kereta di perkarangan check point BN

Update 11.39 am

Menurut SPR sehingga kini sudah 38.9% pengundi sudah keluar mengundi.Cuaca di SRJKC Lay Keow cerah . Penyokong BN masih teguh berdiri walaupun sentiasa diprovokasi oleh puak puak jumud .


Update 10.49 am

Suasana di SRJKC Lay Keow agak tenang walaupun ramai penyokong PAS mula membuat onar.Kehadiran pihak polis sedikit sebanyak berjaya mengawal keadaan.Kesesakkan jalanraya berlaku hampir 2km .



Update 8.46am

Pusat pengundian di SRJKC Lay Keow dibuka jam 8.00am ; Kelihatan pengundi-pengundi sudah mula keluar mengundi.Berlaku sedikit kesesakan disaluran 1 yang mana warga emas mengambil peluang untuk turun mengundi diwaktu pagi.




2 ulasan:

  1. Assalamualaikum wbt kepada para muslimin muslimat, para sahabat, para pembaca, para pendebat, para ahli politik sekian..

    cuma beberapa detik sahaja pengiraan undi di Permatang Pasir. Masing-masing sudah melakukan yang terbaik.. Tidak kiralah BN mahupun PAS. Cuma sama-sama kita renungkan selama beberapa minit. Tanya pada iman... tanya pada hati kecil kalian, adakah ini yang kalian mahu? adakah ini pilihan kalian? Adakah ini yang anda hendak sajikan kepada kalian sekeluarga? Anak-anak? Cucu-cucu? dan keturunan zuriat kalian? Jangan lupa kepada agama kalian.. Di mata dunia, agama Islam sering dipersenda.. janganlah pula di tanah air kita... di tanah kelahiran kita.. tanah di mana ibu kita sakit melahirkan kalian supaya dapat menyaksikan keindahan Allah ini, agama Islam yang kita sayangi di persenda.. di hina.. di perolok.. Undi berdasarkan diri, hati, iman kalian.. bukan dengan pengaruh sesiapa.. sewaktu anda mengundi, tiada siapa yang lihat.. hanya kalian sendiri dan Allah swt. Pilihlah yang terbaik..

    fikirkan nasib anda.. fikirkan nasib keturunan anda.. fikirkan nasib sahabat kalian.. fikirkan nasib rakan seagama kalian..

    Sesungguhnya seorang manusia mampu jatuh dengan tahta, harta, serta wanita.. Semua ini pengaruh syaitan.. bangunlah.. bangkitlah dari kesesatan.. selagi diberi peluang, rebutlah peluang..

    Jangalah menjadi orang yang munafik..
    surah An-Nisaa, ayat 137 : Sesungguhnya orang-orang yang beriman, kemudian kafir, kemudia beriman pula, kemudian kafir lagi, kemudian bertambah kekafirannya, maka sekali-kali Allah tidak akan memberi ampunan kepada mereka, dan tidak pula menunjukkan kepada jalan yang lurus.

    Jalan yang lurus membawa kita kepada syurga.. disisi orang-orang yang beriman.. disisi-Nya.. disisi para Nabi dan Rasul.

    Jika Anda seorang yang menganuti agama Islam. Menyayangi Allah, menyanyangi Rasul, menyayangi Islam, tegarkah anda melihat Islam di persendakan?

    Fikirkanlah yang terbaik untuk kalian. Kita seharusnya memandang ke hadapan.. Jauuhhh ke hadapan, hanya toleh ke belakang sebentar, untuk mengambil ikhtibar...

    akhir kata, Selamat Mengundi!!!

    BalasPadam
  2. Salam,

    Kawan sokong komen NurLyna......

    BN akan mendapat sokongan dan mencapai kemenagan, insyaAllah....

    BalasPadam