Isnin, 17 Ogos 2009

Si Tua Nyanyok Di Permatang Pasir

BUKIT MERTAJAM 17 Ogos — Mursyidul Am Pas Datuk Nik Aziz Nik Mat berkata, anggota UMNO tidak akan masuk syurga kerana parti itu mengamalkan ajaran Islam palsu dari Palestin. Katanya, terdapat perbezaan antara Islam yang didakwah oleh Pas dan Islam yang diamalkan oleh umat Islam daripada kalangan anggota UMNO.

“Islam bawah UMNO tidak ke mana dan tidak boleh bawa seseorang itu ke syurga. Berdasar perkara itu, saya percaya penduduk di kawasan Permatang Pasir akan memilih calon Pas sebagai wakil rakyat mereka,” katanya kepada pemberita di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) di sini hari ini selepas proses penamaan calon bagi pilihan raya kecil Permatang Pasir.
Pengundian ialah pada 25 Ogos ini.

Pilihan raya kecil itu melibatkan calon Pas, Mohd Salleh Man, 52, yang juga Pesuruhjaya Pas Pulau Pinang, dan calon Barisan Nasional Rohaizat Othman, 38.

Kawasan itu mempunyai 20,290 pengundi berdaftar. - BERNAMA

Batu5 : Wahai Nik Ajis...ulama apakah ko ini ? statement ko semakin hari semakin gila...apa ko ISLAM kerana pilihanraya ? sedarlah ... jgn nanti ulama ko hanya di dunia ...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan