Rabu, 28 Oktober 2009

Tanggungjawab Sosial - UMNO BATU 5 membantu ahli cawangan

Dibawah adalah email yang saya terima dari seorang ahli cawangan yang kini baru membuka perniagaan membaiki kereta di kawasan Permatang Tengah Permatang Pauh . Diharap tuan/puan dapat hebahkan tentang bengkel kereta ini kepada rakan rakan ! Bantulah perniagaan bumiputera.Berikut adalah kandungan email sahabat kita :

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Sekadar info untuk kawan kawan yang ingin servis / repair / upgrade / wideband tuning dll . Saya dan rakan telah membuka sebuah workshop yang beralamat di 388 Permatang Tengah , 13500 Permatang Pauh , Seberang Perai . Untuk makluman pomen yang akan membuat kerja di workshop ini adalah bekas joki/pomen kancil_curut . Dengan ini diumumkan bahawa saya dan rakan saya tiada kena mengena lagi dengan [u]abimaju[/u] . Disini saya sertakan no telefon untuk rujukan anda semua .

Murat @ bro M = 0125613988
*anda boleh call dia utk tanya pasal nak repair/servis/upgrade

** Anda nak beli sparepart sendiri ka ? minyak sendiri ka ? No problem ... beli saja ... no problem ok...bayar upah pasang saja...Diharap anda semua dapat membantu utk memajukan perniagaan kami .

Bersama sama ini saya sertakan peta utk ke worksop kami !


*klik pada gambar utk besarkan

Selasa, 13 Oktober 2009

Kopok Cap Bule ?

Air mineral cap BN rasuah kata isle PAS ni apa pulak ?



Kopok cap bule mula diedarkan di PRK bagan pinang baru baru ni...so..kepada bakal pengundi prk akan datang ... dapatkan segera kopok cap bule ni..free .. dapat .. goreng ... pangkah BN...plastik kopok cap bule buang plastik sampah !

Ahad, 11 Oktober 2009

5435 - Tahniah Tan Sri Isa

PORT DICKSON 11 Okt. - Keputusan rasmi: Calon Barisan Nasional (BN), Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad menang pada pilihan kecil DUN Bagan Pinang dengan memperoleh 5,435 undi.

Mohd. Isa memperoleh 8,013 undi manakala calon Pas, Zulkifly Mohamad Omar memperoleh 2,578 undi.


Batu5:Mengucapkan tahniah kepada Tan Sri Isa,tahniah kepada petugas BN,tahniah kepada pengundi BN. Terima kasih . Teruskan perjuangan . Salam 1 Malaysia !

Sabtu, 10 Oktober 2009

Ayuh...teruskan perjuangan hingga saat akhir

Batu5 mengucapkan terima kasih kepada semua petugas BN yang bertungkus lumus bagi memastikan kemenangan calon BN.Tinggal kira kira 4 jam lagi tempoh berkempen ... teruskan perjuangan .. teruskan kempem . Kepada para pengundi yang bakal mengundi kira kira 12jam lagi...pastikan esok keluar awal..ajak mak,ayah,pakcik,makcik,jiran tetangga,rakan dan semua yang layak mengundi utk memastikan kemenangan calon BN.Bagi petugas kenderaan dan jalinan rakyat...pastikan pengundi keluar mengundi...cari mereka..call mereka...yakinkan mereka agar memilih Tan Sri Isa . Insyaallah kemenangan dipihak kita .

Jumaat, 9 Oktober 2009

Hadiah Syawal Untuk Semua Peniaga

Isu lesen: DPMMPP kesal
PULAU PINANG 8 Okt. – Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Pulau Pinang (DPMMPP) kesal dengan tindakan kerajaan negeri yang cuba menghapuskan peniaga kecil tiada lesen tanpa memberi peluang kepada mereka berniaga secara sah.

Yang Dipertua DPMMPP, Rizal Faris Mohideen Abdul Kader berkata, kerajaan negeri dan Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) sepatutnya bersimpati dan mencari penyelesaian terbaik terlebih dahulu sebelum terus menghukum mereka.

Beliau berkata, pihak berkenaan juga perlu berusaha memberikan golongan itu lesen yang sah dan lebih prihatin nasib mereka.

Menurutnya, tanpa mereka, Pulau Pinang tidak mungkin dikenali di seluruh dunia sebagai ‘Syurga Penjaja’ dan menjadi salah satu tarikan pelancong ke sini.

‘‘Pihak kami sedar banyak peniaga kecil yang berniaga tanpa lesen sah di negeri ini seperti di Jalan Kelawei, Relau, Jalan Penang, sekitar Masjid Negeri, Tanjung Bunga dan Padang Kota Lama.

‘‘Namun tindakan MPPP yang gagal memberikan lesen membuatkan mereka tiada pilihan dan mencari rezeki secara tidak sah,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut di sini semalam.

Terdahulu, beliau dipanggil memberi kenyataan berhubung insiden kekecohan membabitkan peniaga di Bazar Ramadan Jalan Penang yang dihalang berniaga di situ atas alasan mengganggu lalu lintas pada 5 September lalu.

Kejadian itu mengakibatkan berlaku kekecohan apabila peniaga yang rata-rata telah berniaga di situ hampir 25 tahun tidak dapat menahan sabar sehingga memaksa campur tangan polis.

Mengulas lanjut, Rizal berkata, DPMMPP bersedia menjadi orang tengah antara peniaga kecil dan MPPP bagi menyelesaikan masalah yang timbul daripada aktiviti peniaga kecil dan penjaja jalanan.

‘‘Kita boleh berbincang mengenai masalah dan nasib yang dihadapi peniaga kecil ini dan bukannya terus mengambil tindakan merampas barangan perniagaan mereka,’’ katanya.

Batu5 : nak cakap apa ya ? batu5 kerja makan gaji ... bisnes pun bisnes online...so...batu5 tak effect dengan perkara ni lah...selalunya yang ramai effect dengan perkara ni ... rakan rakan peniaga tepi tepi jalan lah....tu la..masa pru hari tu...ikut hati...terpengaruh ngan kempen....52 tahun dok senang...meniaga pi lah lagu mana pun....atas jalan ka..tepi jalan ka..bawah jalan ka....mesti boleh....ni pungkok ada gatai...mo kalih....nah....terima lah hadiah syawal !

Selasa, 6 Oktober 2009

ADUN N11 - YDP MAIPP ? oh no.....mana janji manis prk woi

benarlah ramalan blogger bahawa selama ini pengumuman guan eng untuk melantik salleh man sebagai ydp maipp adalah mainan dan pembohongan semata-mata. salleh man akhirnya kempunan dan guan eng dan anwar pula penipu. rupa-rupanya calon ydp maipp yang diperkenankan oleh yda ialah anak kampung qariah kepala gajah, simpang ampat seberang perai selatan. pernah bertugas di pusat pengajian ilmu kemanusiaan usm , mantan pengarah pusat islam usm, bekas pelajar master di usa, tokoh maal hijrah pulau pinang, ahli majlis maipp dan merupakan ahli pas yang masih lagi sayangkan melayu sebagai bangsanya. pas sendiri tahu bahawa surat perlantikan calon minden ini telah dipersetujui oleh yang dipertuan agung. namun, kesahihan menjadi tanda tanya.jika benar , sumber ini maka berita selanjutnya akan menyusul dan meminta calon ydp maipp baru ini membuat PENGAKUAN BERSUMPAH DI ATAS MIMBAR MASJID NEGERI PULAU PINANG TENTANG TABIAT BURUKNYA.IKUTILAH PENDEDAHAN DEMI SEBUAH AL HAQ.beliau mempunyai 2 orang anak perempuan yang berkhidmat sebagai guru di pulau pinang serta seorang anak sulung lelaki yang menjadi pengerak kepada pmi um.benarkah beliau? kasihan salleh man....

Batu5: err..mana janji kata nak kasi saleh kontol tu jadi ydp? nampak gayanya saleh kontol tu masih menjadi barua guan eng aje lah...