Khamis, 7 Mei 2009

Apa punya gila BABI dok ada



Zambry membawa usul menggugurkan Sivakumar

Zambry mengusulkan Sivakumar digugurkan sebagai Speaker dengan sokongan tangan semua ADUN BN. Zambry kemudian membawa usul melatikan R Ganesan sebagai Speaker baru.

Dengan cepat Ganesan datang dan menerima pakaian rasmi Speaker, memakainya, mengangkat sumpah dan menandatangani beberapa dokumen berkaitan di tempat ADUN BN.

Sivakumar masih duduk bertahan di kerusinya, sambil menjerit “Speaker (Ganesan) ini haram”, “selagi Speaker ada di sini, Speaker ini (Ganesan) adalah haram” dan “Perak ada Speaker haram.” Kesemua ADUN BN dan 3 ADUN Bebas bersetuju , namun Sivakumar tetap tidak mahu melepaskan jawatan speaker. Zambry memohon agar Dewan ditangguhkan.

Mahkamah telah membatalkan pengantungan 10 ADUN yang digantung oleh Sivakumar sebelum ini. Sivakumar kini tidak berhak dan tidak layak lagi menjadi speaker Dewan Rakyat Perak.

Sidang dewan kecoh

Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak yang sepatutnya dirasmikan oleh Raja Muda Perak sebentar lagi menjadi kecoh apabila Speaker DUN, V Sivakumar mengarahkan 10 ADUN termasuk Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir keluar dari Dewan.

Sembilan lagi yang diarahkan keluar adalah enam ADUN yang juga Exco negeri iaitu Datuk Ramly Zahari (Manong), Datuk Saarani Mohamad (Kota Tampan), Hamidah Osman (Sungai Rapat), Zainol Fadzi Paharuddin (Sungai Manik), Mohd Zahir Abdul Khalid (Kamunting) dan Dr Mah Hang Soon (Chenderiang).

Zambry mengusulkan Sivakumar digugurkan sebagai Speaker dengan sokongan tangan semua ADUN BN. Zambry kemudian membawa usul melatikan R Ganesan sebagai Speaker baru.

Dengan cepat Ganesan datang dan menerima pakaian rasmi Speaker, memakainya, mengangkat sumpah dan menandatangani beberapa dokumen berkaitan di tempat ADUN BN.

Sivakumar masih duduk bertahan di kerusinya, sambil menjerit “Speaker (Ganesan) ini haram”, “selagi Speaker ada di sini, Speaker ini (Ganesan) adalah haram” dan “Perak ada Speaker haram.”

Sementara tiga lagi adalah ADUN Bebas iaitu Jamaluddin Mohd Radzi (Behrang), Kpt (B) Mohd Osman Jailu (Changkat Jering) dan Hee Yit Foong (Jelapang).

Sivakumar berulang kali menyatakan bahawa beliau tidak akan memulakan sidang selagi 10 ADUN tersebut tidak meninggalkan Dewan.

Sementara kekecohan berlaku, Raja Nazrin berada di dalam kamar diraja sementara menanti untuk merasmikan sidang Dewan.

Sivakumar yang masuk ke Dewan pada pukul 10 pagi tadi berkata, beliau mahu menetapkan beberapa perkara sebelum sidang Dewan dirasmikan.

Antara ketetapan itu adalah mengarahkan Dr Zambry dan enam Exco serta tiga ADUN Bebas keluar dari Dewan. Bagaimanapun, 10 ADUN itu enggan berganjak dari tempat duduk masing-masing.

“Saya mahu 10 ADUN ini keluar dengan serta merta. Saya minta Bentara mengarahkan mereka keluar,” katanya.

Kira-kira pukul 10.20 pagi, Dr Zambry bangun membacakan usul memecat Sivakumar dari jawatan Speaker dan ia disokong sebulat suara oleh 27 ADUN BN dan tiga ADUN Bebas denagn mengangkat tangan.

Bagaimanapun, Sivakumar berkata, ADUN yang telah digantung (Zambry) tidak boleh membawa usul dan ia dianggap sebagai tidak sah.

“Selagi orang yang diarah keluar ada dalam dewan, Dewan tidak akan bersidang,” katanya.

11.25 pagi: Sidang DUN kecoh semula selepas 10 minit apabila Sivakumar mengarahkan 10 ADUN keluar Dewan.

11.16 pagi: Suasana dalam Dewan tiba-tiba tenang selepas kedua-diua pihak mengadakan ’sidang’ masing-masing. Pihak BN berkata, sidang ditangguhkan selama sejam.

10.58 pagi: Kasut dilemparkan ke arah ADUN BN yang sedang mengadakan ’sidang’ mereka sendiri di dalam Dewan.

10.56 pagi: Ganesan dikurniakan jubah dan ‘mengangkat sumpah’ sebagai Speaker baru.

10.51 pagi: Kumpulan ADUN BN ‘melantik’ Datuk R Ganesan sebagai Speaker baru menggantikan Sivakumar walaupun sidang masih belum dirasmikan oleh Raja Muda Perak.

10.30 pagi: 10 ADUN tetap bertegas enggan keluar dari Dewan.

10.20 pagi: Dr Zambry membuat usul untuk memecat Sivakumar dari jawatan Speaker DUN.

10.05 pagi: Sivakumar mengarahkan 10 ADUN iaitu Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, enam Exco dan tiga ADUN Bebas keluar dari Dewan.

Batu5:
Tengoklah...apa nak jadi ngan puak puak jumud ni..depa dok buat serupa sidang dewan macam main pondok pondok...depa kerajaan pokok boleh la..ini kerajaan BN...sedaqlah..dah orang tak mau tu...tok sah dok buat gila kuasa la..buat malu Malaysia ja...kot ya pun gila gila kuasa...pi jadi sami tokong..jgn dok buat wel wel dalam sidang dewan...kepada sivakumar , nizar & adun jumud...lu olang gila BABI

Tiada ulasan:

Catat Ulasan