Rabu, 22 April 2009

Padan muka melayu PENANG



PULAU PINANG: Kerajaan negeri diarahkan membayar kira-kira RM14.68 juta kepada Mahkamah Tinggi Pulau Pinang berhubung kes tanah membabitkan kerajaan negeri dan seorang individu.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berkata, kes itu membabitkan Tang Hak Ju sebagai pemohon dan Ketua Menteri Pulau Pinang, Setiausaha Kerajaan negeri serta Pegawai Kewangan negeri sebagai responden.

"Kes ini masih dalam tempoh rayuan. Sementara menunggu rayuan, mahkamah meminta kerajaan negeri membayar separuh daripada jumlah gantirugi yang keseluruhannya sebanyak kira-kira RM29.36 juta," katanya di sini, hari ini.

Lim berkata, kerajaan negeri akan mengemukakan rayuan kepada mahkamah untuk menangguhkan tempoh bayaran itu.

Pada 19 Februari 2008, Mahkamah Tinggi Pulau Pinang memerintahkan responden mendepositkan RM14.68 juta kepada mahkamah dalam tempoh dua bulan daripada tarikh perintah dikeluarkan.

"Kita akan bentangkan Rang undang-undang Perbekalan Tambahan pada persidangan Dewan Undangan Negeri pada sesi akan datang Julai ini bagi mendapatkan kelulusan mengeluarkan wang untuk membayar tuntutan itu," katanya.

Skandal tanah itu membabitkan kerajaan negeri sebelum ini yang memajak tanah seluas 4.2 hektar kepada Tang dan kemudiannya membatalkan perjanjian itu.

Kes itu dibawa ke mahkamah dan kerajaan negeri kemudiannya diarahkan untuk membayar RM40 juta kepada pemohon dan selepas rayuan, jumlah itu dikurangkan kepada RM29.35 juta.

Ketika ini, kerajaan negeri sedang menunggu keputusan mahkamah terhadap rayuan bagi mengurangkan lagi jumlah itu.

Batu5:
Padan muka puak puak jumud melayu penang yang dok sokong pr..tengok...abis tergadai duit rakyat ... patutnya duit tu boleh disalurkan utk komuniti...ni dok kena perabis bayaq kat orang ... ni baru setahun lebih...kalau 5 tahun..batu5 rasa...penang jadi singapore la..lepaih ni..melayu abih jadi balaci ... sedaqlah wahai sahabat² sekalian...kita tenggelamkan pr masa prk dun penanti ... insyaallah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan