Jumaat, 10 April 2009

SPRM sudah sedia nak bentang rasuah Fairus TKM1 PP


Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menghantar kertas siasatan berhubung dakwaan rasuah melibatkan bekas Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang, Mohammad Fairus Khairuddin ke Bahagian Pendakwaan hari ini.
Pengarah Siasatan SPRM Datuk Shukri Abdull berkata SPRM telah meneliti kertas siasatan berkenaan dan mendapati pada peringkat siasatan ia telah lengkap.
“Pada peringkat siasatan, ia telah lengkap tetapi jika pihak pendakwaan mahu kita menambah siasatan atau sebarang fakta bagi melengkapkan kertas siasatan berkenaan, SPRM akan melakukannya,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.
Ditanya bila pendakwaan berhubung kes itu akan dilakukan, beliau berkata ia bergantung kepada Bahagian Pendakwaan untuk tindakan seterusnya.
“Sabarlah, bagi peluang kepada Bahagian Pendakwaan untuk meneliti kes itu dulu sebelum membuat sebarang keputusan atau tindakan selanjutnya,” katanya.
Mengenai sama ada Mohammad Fairus akan ditahan, Shukri enggan mengulas lanjut dan meminta semua pihak tidak membuat sebarang spekulasi berhubung perkara itu.
SPRM membuka kertas siasatan berhubung dakwaan dua pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) negeri ini yang disyaki terlibat dalam penyelewengan membabitkan syarikat kuari di Seberang Perai.
Pendedahan berkenaan dibuat oleh Ketua Angkatan Muda (AMK) Kepala Batas, Amizuddin Ahmat pada Februari lepas dan ia dipercayai menjadi punca kepada peletakan jawatan Mohammad Fairus. BERNAMA

Nota Batu5:
Elok sangat la mangkuk ni dilondeh kow kow...bukan apa...baru setahun dapat kuasa dok buat penanti serupa dia yang punya...kepada pengundi dun PENANTI...sedaqlah...sampai bila hampa nak jadi katak bawah tempurung...dok kena pemuhong ngan pak nuar...pak nuar tu meroyan nak jadi PM...sampai kiamat pun dia tak leh jadi la...sedaqlah wahai saudara ISLAMku...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan