Sabtu, 11 April 2009
Jangan guna KBS untuk raih sokongan belia kepada Umno - Mahfuz
Wan Nordin Wan Yaacob
Sat | Apr 11, 09 | 1:11:50 pm MYT
SEREMBAN, 11 April (Hrkh) - Menteri Belia dan Sukan (KBS) yang baru, Dato' Ahmad Shabery Cheek dinasihatkan agar tidak menggunakan KBS sebagai platform meraih semula sokongan belia kepada Umno. Iklan
Demikian kata Ketua Penerangan PAS, Dato' Mahfuz Omar kepada Harakahdaily sebentar tadi ketika mengulas kenyataan Shabery berhubung isu kelesuan sokongan belia kepada Umno.
Shabery dalam laporan televisyen semalam dipetik sebagai berkata, beliau akan bekerja keras bagi memastikan golongan belia kembali menyokong Umno.
Ujar Mahfuz, seharusnya tugas untuk menarik sokongan belia digalas oleh Ketua Pemuda Umno yang baru,Khairy Jamaluddin,bukannya KBS.
KBS adalah organisasi kerajaan yang sepatutnya menjalankan tugas membangunkan sahsiah dan akhlak belia hari ini yang semakin parah.
"Bukan tugas KBS untuk menarik sokongan belia yang secara puratanya menyebelahi Pakatan Rakyat dalam tiga pilihan raya kecil yang baharyu sahaja berlalu.
"Sepatutnya tugas ini digalas Khairy, dan Khairy sendiri akui beliau mahu menyahut cabaran Presiden Umno, Najib Tun Razak agar pemuda menarik kembali sokongan belia," kata Mahfuz.
Sambil menyifatkan kenyataan Shabery itu sebagai satu penyalahgunaan jentera kerajaan, Mahfuz menasihatkan Shabery agar berusaha membangunkan mutu sukan negara yang semakin merosot terutamanya di peringkat antarabangsa._
Nota Batu5:
Ini satu lagi otak beku puak jumud Parti Angkut Sampah...dah nama pun KBS...memang kena kasi belia aktiviti berfaedah dah berdisiplinlah...yang dok risau belia nak sokong UMNO ka apehal?dah menteri pun dari UMNO..suka hatilah nak buat apa pun...UMNO Drag Day ke?UMNO Drift ke?UMNO Autoshow ke?UMNO Futsal ke? lu orang apehal?bila lu orang bikin aktiviti..ada UMNO halang? kepada puak puak jumud .. sedarlah...anda boleh lihat baru baru ni...di kota bharu...bersukan..tapi x da semangat kesukanan..inilah nilai yang diterap oleh PAS selama berkurun perintah kelantan yang kononnya serambi makkah...
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan