Ahad, 19 April 2009
DAULAT Tuanku
Sultan Perak Sultan Azlan Shah dan Raja Muda Raja Dr Nazrin Shah telah menyampaikan titah menyengat yang jelas menyentuh tentang tindak tanduk kumpulan politik tertentu dalam kontek senario politik di Perak kebelakangan ini.Titah berkenaan dibuat semasa istiadat penganugerahan darjah kebesaran negeri Perak sempena ulang tahun keputeraan ke-81 baginda di Istana Iskandariah di Kuala Kangsar , Ahad.Sultan Azlan membidas tindakan kumpulan politik tertentu yang sampai ke peringkat menghasut rakyat untuk mencetuskan huru-hara selain turut mencemar institusi raja dengan menyemai rasa benci rakyat terhadap raja merupakan satu perbuatan 'menyalakan api dalam sekam' yang amat berbahaya dan boleh memusnahkan kerukunan rakyat dan negara.Menurut baginda bahawa seseorang raja sebenarnya berada di atas politik dan tidak boleh turun untuk berdebat dengan terbuka dalam memberi jawapan dan penerangan untuk menangkis tohmahan dan fitnah yang dilemparkan oleh kumpulan politik tertentu."Betapa perbuatan kuasa politik telah mencemar dan mempamerkan wajah hodoh dengan membenarkan kelakuan orang-orang sedemikian. Matlamat kini dibenarkan menghalalkan cara
batu5:
buat malu kat siam ja...depa makan semua x cukup..huru hara sini sana...tapi raja tetap depa hormat...politik tetap politik...raja tetap raja...semua ni punca dari puak puak jumud pr ni lah...ajaq bangsa asing utk tidak hormat raja raja melayu...sampai ada yang berani maki hamun secara terbuka...ingat...kerana anda...anak anak kita nanti maybe tak kenai lagi dah asal usul kesultanan tanah melayu...mau malaysia jadi cam singapore ka?
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Salam Perjuangan Sahabat,
BalasPadamKami dari UMNO Cawangan Gombak Selatan berasa bangga di atas perjuangan Pemuda UMNO Cawangan Batu 5, Bahagian Permatang Pauh dalam memberikan info2 dan isu2 politik tanahair dari UMNO khasnya melalui blog.
Kami juga berharap agar kita dapat bekerjasama dan berkongsi pendapat dengan lebih baik selepas ini mengenai pengendalian blog.
Sama-sama kita menerangkan tuduhan2 yang dilemparkan oleh pihak pembangkang melalui blog ini.
Ketua UMNO Cawangan Gombak Selatan, En Abd. Razak Muhamad mengucapkan Salam Perjuangan khas buat anda.
Sila layari laman blog kami www.umnogombakselatan.blogspot.com dan komen2 dan pendapat dari anda amat dialu2kan.
Sekian,
HIDUP UMNO. HIDUP BN...
Ikhlas dari,
UMNO CAWANGAN GOMBAK SELATAN
BAHAGIAN WANGSA MAJU
ps : Blog anda dalam senarai link blog kami.