Khamis, 4 Jun 2009

Mansor si kambing itam

Wakil PKR yang menjadi Ahli Majlis Perbandaran Seberang Prai (MPSP) memboikot majlis angkat sumpah Yang Dipertua (YDP) majlis perbandaran tersebut Mokhtar Mohd Jait pagi Khamis.

Mereka mengambil tindakan tersebut sebagai tanda protes di atas perlantikan Mokhtar yang menurut mereka tidak dirundingi terlebih dahulu dengan parti itu.

Mereka juga membantah perlantikan Mokhtar kerana berpendapat jawatan YDP MPSP sepatutnya diisi oleh wakil PKR.

Sementara itu, Bernama melaporkan, jurucakap kumpulan Ahli Majlis PKR dalam MPSP, Johari Kassim berkata, lapan daripada sembilan ahli majlis dari parti berkenaan tidak memasuki Dewan Kenanga di bangunan MPSP, iaitu tempat berlangsungnya majlis angkat sumpah jawatan YDP yang baru Mokhtar Mohd Jait pagi ini kerana tidak berpuas hati dengan keputusan Ketua Menteri Lim Guan Eng kerana tidak berunding dengan PKR mengenai pelantikan itu.

Beliau berkata, setahunya, Lim tidak memanggil PKR dan Pas untuk berunding walaupun sebelum ini telah ada persetujuan di peringkat kepimpinan parti gabungan itu bahawa pelantikan YDP MPSP perlulah dibuat di kalangan pemimpin politik dan jawatan itu diserahkan kepada PKR.

Beliau mendakwa, pengumuman yang dibuat oleh Timbalan Ketua Menteri 1 yang baru, Mansor Othman semalam mengenai pelantikan Mokhtar merupakan satu “helah" Lim untuk melepaskan diri daripada persetujuan awal yang dicapai sebelum ini.

“Ini permainan politik Lim dan keputusan mengenai pelantikan itu telah dibuat sebulan yang lalu dan sebaik menjawat jawatan sebagai TKM1 semalam, Mansor diminta mengumumkan keputusan berkenaan. Ia seolah-olah satu perangkap kepada Mansor dan PKR,”dakwanya

Batu5:
Tak habis habis lagi...tak abis abis berebut kuasa...batu5 tengok puak puak PR ni x leh langsung nak bersatu...sampai kesudah la...ca ya nun alip dok jadi KING kat penang ni...yang melayu jadi barua...batu5 juga nak tanya kepada mat misai(JKKK PKR matang tengah) .. jalan tar baru sampai ke rumah mat saja ka...rumah kami ni macam mana?

1 ulasan:

  1. Salam Perjuangan,

    Kami dari Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Cawangan Wangsa Maju, WP amat teruja dgn pengendalian blog anda..

    Semoga kita dapat sama2 berjuang dalam mengembalikan semangat perjuangan anak2 muda agar menjadi insan yang berilmu dan bekerja keras demi mempertahankan kedaulatan Agama, Bangsa dan Negara di masa akan datang.

    Kami juga berharap agar kita dapat bekerjasama dalam melaksanakan prgm2 yang mampu membangkit semangat belia untuk terus berjuang.

    Yang Di Pertua GPMS Cawangan Wangsa Maju, En. Jais Abdul Karim menyampaikan Salam Kasih khas buat anda.

    Sekian, Salam Persahabatan ikhlas dari,

    MUHAMMAD RADHI ABD. RAZAK
    Ketua Penerangan merangkap Ketua Editor Blog,
    GPMS Cawangan Wangsa Maju,
    Wilayah Persekutuan.

    PS : Blog anda kami senaraikan antara blog pilihan di dalam blog kami.

    BalasPadam