Selasa, 25 Ogos 2009

Rugi Mampuih La....Bodo Piang

PAS mengekalkan kerusi DUN Permatang Pasir apabila calonnya, Salleh Man menewaskan calon Barisan Nasional (BN) Rohaizat Othman dengan majoriti 4,551 undi. Salleh berjaya memperolehi 9,618 undi manakala Rohaizat pula meraih 5,067 undi. Pada pilihan raya kecil kali ini, seramai 14,832 atau 73.1 peratus pengundi daripada 20,290 pengundi berdaftar menunaikan tanggungjawab masing-masing. Berbanding 16,803 pengundi yang keluar pada pilihan raya umum DUN Permatang Pasir dalam pilihan raya umum Mac 2008. PAS ketika itu yang diwakili Allahyarham Datuk Hamdan Abdul Rahman memperolehi 11,004 undi mengatasi calon BN, Ahmad Sahar Shuib yang mendapat 5,571 undi. Majoriti pada ketika itu ialah 5,433. Mengulas keputusan tersebut, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, BN menerima keputusan dengan hati yang terbuka. Bagaimanapun katanya, terdapat sedikit perubahan dan penambahbaikan sokongan kepada BN di beberapa peti undi. Sikap pengundi menurutnya tidak banyak berubah tetapi BN akan tetap mengambil perhatian perkara-perkara yang dibangkitkan oleh para pengundi baik daripada kalangan Melayu, Cina mahupun India semasa tempoh kempen pilihan raya kecil berkenaan.

Batu5:Warga permatang pasir memang menolak tuah...menolak rezeki anak emas yang ditawarkan...tak pa lah...batu5 tetap macam biasa walaupun barisan nasional kalah...batu5 tetap tiap tiap bulan dapat gaji...x effect pun...batu5 berharap keadaan permatang pasir akan bertukar menjadi hutan simpan kekal atau kembali ke zaman batu kerana penduduk disini x mau kemajuan dan pembangunan.

5 ulasan:

  1. ha..ha..ha..

    " permatang pasir akan bertukar menjadi hutan simpan kekal atau kembali ke zaman batu kerana penduduk disini x mau kemajuan dan pembangunan "

    lawak la...pemikiran tahap zaman purba

    BalasPadam
  2. biasalah Batu 5, orang kita pecah-belah. Yang untung bangsa yang satu lagi jugak.

    PUPP

    BalasPadam
  3. lawak pun lawaklah..mai tengok kawasan baru anda tahu...dah 12 tahun .. jalan tar kampung x berturap...rumput dalam ban pun cam siye punya panjang...

    saya : nak buat macam mana....orang kita x mau kemajuan...

    BalasPadam
  4. salahkan pengundi lagi.. kalau bn menang pungerakan yg jadi tuan kekeke

    BalasPadam
  5. Salam Merdeka,

    Semoga Allah melindungi tanah air kita dari pengkhianat bangsa dan agama.

    Merdeka ! Merdeka ! Merdeka !

    BalasPadam