Rabu, 19 Ogos 2009

Inilah PAS...parti angkut sampah Pakatan Rakyat


Tengok gambar diatas...bila pi kawasan cina dengan dap..ilang ketayap...ala ala husam la plak ustaz salleh man kita ni...macam ni ka nak jadi pemimpin perjuangkan islam...nanti pi kawasan india...pakai sarii la kot...poster baguih punya islamic...bila ngan dap...terbang abih islam...ni puak puak jumud...macam ni yang hampa kata islam no...dap tu dah tentu kapiaq...bulih plak dok pi comolot...hiaaaaqqq tuih sama PAS

Update 5.17pm

Dipetik dari : http://ruangbicarafaisal.blogspot.com/2009/08/mujahid-yusof-rawa-sahkan-calon-pas.html

Perangkap sudah mengena dengan satu panggilan telefon sahaja. Tengahari tadi saya ada menerima satu sms daripada seorang rakan yang mengatakan Calon PAS Permatang Pasir pernah menyelewengkan duit dana P/raya Permatang Pauh sebanyak RM 60 ribu.(Rujukan)

Setelah mendapat sms tersebut tengahari tadi pening juga kepala saya untuk mencari kesahihan berita berkenaan. Saya cuba menghubungi beberapa orang,termasuk wartawan. Malangnya mereka sendiri pun tidak berani mengesahkan.

Lantas saya teringat seorang kawan saya yang pernah berada dalam kepimpinan PKR negeri satu masa dulu. Tetapi tidak lagi sekarang. Beliau masih lagi menjalinkan hubungan yang rapat dengan pemimpin-pemimpin PAS sekarang. Saya minta beliau bertanyakan perkara berkenaan kepada Mujahid Yusuf Rawa. Beliau bersetuju.

Selepas itu beliau menghubungi saya kembali dan memberitahu yang Mujahid telah mengesahkan memang benar Calon PAS berkenaan ada mengambil sebanyak RM 60 ribu duit p/raya Permatang Pauh dan menyimpan di dalam akaun syarikatnya. Khabarnya wang tersebut telah lesap dan PAS Pusat membayarnya kembali,sebelum ianya dijadikan isu oleh BN. Mujahid juga meminta beliau merahsiakan perkara berkenaan.

Terima kasih diucapkan kepada Mujahid kerana telah membuka baju untuk menunjuk kurap di badan sendiri.

Saya tahu,saya akan dimarahi oleh rakan saya kerana menyiarkan artikel ini. Beliau bimbang pemimpin PAS tidak akan percaya kepada beliau lagi,kerana mereka telah meminta rakan saya merahsiakan perkara ini. Saya yakin 100 % beliau akan meminta saya menarik balik artikel ini.

Batu5 : Tudiaaaaaaaaaaaaa..dok kata dah..patut la 6 kali bungkuih..iskh iskh..kalau dok pilih jugak..memang BODO la...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan