Ahad, 30 Ogos 2009

Selamat Menyambut Kemerdekaan Ke 52

Batu5 mengucapkan selamat menyambut kemerdekaan tanah melayu yang ke-52 . Batu5 berharap kemerdekaan kali ini memberi lebih makna kepada semua pejuang UMNO agar terus berkerja keras mempertahankan hak orang melayu . 1 Malaysia . Rakyat Didahulukan , Pencapaian Diutamakan .

Selasa, 25 Ogos 2009

Rugi Mampuih La....Bodo Piang

PAS mengekalkan kerusi DUN Permatang Pasir apabila calonnya, Salleh Man menewaskan calon Barisan Nasional (BN) Rohaizat Othman dengan majoriti 4,551 undi. Salleh berjaya memperolehi 9,618 undi manakala Rohaizat pula meraih 5,067 undi. Pada pilihan raya kecil kali ini, seramai 14,832 atau 73.1 peratus pengundi daripada 20,290 pengundi berdaftar menunaikan tanggungjawab masing-masing. Berbanding 16,803 pengundi yang keluar pada pilihan raya umum DUN Permatang Pasir dalam pilihan raya umum Mac 2008. PAS ketika itu yang diwakili Allahyarham Datuk Hamdan Abdul Rahman memperolehi 11,004 undi mengatasi calon BN, Ahmad Sahar Shuib yang mendapat 5,571 undi. Majoriti pada ketika itu ialah 5,433. Mengulas keputusan tersebut, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, BN menerima keputusan dengan hati yang terbuka. Bagaimanapun katanya, terdapat sedikit perubahan dan penambahbaikan sokongan kepada BN di beberapa peti undi. Sikap pengundi menurutnya tidak banyak berubah tetapi BN akan tetap mengambil perhatian perkara-perkara yang dibangkitkan oleh para pengundi baik daripada kalangan Melayu, Cina mahupun India semasa tempoh kempen pilihan raya kecil berkenaan.

Batu5:Warga permatang pasir memang menolak tuah...menolak rezeki anak emas yang ditawarkan...tak pa lah...batu5 tetap macam biasa walaupun barisan nasional kalah...batu5 tetap tiap tiap bulan dapat gaji...x effect pun...batu5 berharap keadaan permatang pasir akan bertukar menjadi hutan simpan kekal atau kembali ke zaman batu kerana penduduk disini x mau kemajuan dan pembangunan.

Isnin, 24 Ogos 2009

Suasana Pilihanraya Di SJKC Lay Keow

Update 7.06 pm

Batu5 baru sampai rumah setelah selasai proses pengiraan undi di SRJKC Lay Keow.Barisan Nasional Mendapat 555 undi , PAS mendapat 1225 undi.Tak kisahlah walaupun kalah..asalkan dapat mengurangkan majoriti dari PRU yang lalu.Batu5 mengucapakan terima kasih kepada jentera BN dan pengundi BN yang tidak jemu menyokong BN.Batu5 akhiri liputan pilihanraya di SRJKC Lay Keow dengan ucapan selamat berpuasa kepada seluruh umat ISLAM di Malaysia .

Update 3.30 pm

Boleh dikatakan tiada lagi pengundi yang datang mengundi di SRJKC Lay Keow . Tinggal 1jam 30minit lagi . Kepada jentera .. pi cari mana mana yang belum undi..cepat..cargassss



Batu5:Posting last dah ni..nanti lepas counting baru update lagi...batu5 nak masuk dalam dah..counting agent...salam perjuangan

Update 3.08 pm

Suasana di SRJKC Lay Keow tenang dengan hanya 2-3 pengundi pada setiap 10 ke 15 minit . Dianggarkan hampir 60% pengundi sudah menunaikan tanggungjawab masing masing . Peluang untuk calon Barisan Nasional diramalkan cerah . Insyaallah .



Batu5:melaporkan dari dalam kedai baja :)

Update 2.00 pm

Sudah 54% pengundi sudah menunaikan tanggungjawab masing masing . Suasana sekitar SRJKC Lay Keow tenang . Kelihatan hanya 2-3 pengundi saja yang turun mengundi dalam sejam yang lalu.Mungkin selepas solat zohor suasana akan kembali rancak . Ayuh...bangkit....tekadkan pilihan anda kepada BARISAN NASIONAL

Update 12.24 pm

Suasana di SRJKC Lay Keow kembali tenang .. pengundi semakin berkurangan .. mungkin cuaca yang makin panas . Penyokong kedua dua pihak juga mula kepenatan dan sedang berehat di khemah masing masing.

Batu5 : melaporkan dari dalam kereta di perkarangan check point BN

Update 11.39 am

Menurut SPR sehingga kini sudah 38.9% pengundi sudah keluar mengundi.Cuaca di SRJKC Lay Keow cerah . Penyokong BN masih teguh berdiri walaupun sentiasa diprovokasi oleh puak puak jumud .


Update 10.49 am

Suasana di SRJKC Lay Keow agak tenang walaupun ramai penyokong PAS mula membuat onar.Kehadiran pihak polis sedikit sebanyak berjaya mengawal keadaan.Kesesakkan jalanraya berlaku hampir 2km .



Update 8.46am

Pusat pengundian di SRJKC Lay Keow dibuka jam 8.00am ; Kelihatan pengundi-pengundi sudah mula keluar mengundi.Berlaku sedikit kesesakan disaluran 1 yang mana warga emas mengambil peluang untuk turun mengundi diwaktu pagi.




Sekitar Program Jalinan Mesra Batu 5

Alhamdulillah ... program terakhir cawangan sempena prk n11 telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya.Ucapan terima kasih di ucapkan kepada saudara mutazar kerana sudi hadir dan memberi sedikit penerangan tentang situasi semasa prk . Terima kasih juga diucapkan kepada pemuda bandar tun razak yang sama sama turun mengedarkan risalah kepada pengguna jalan raya .






Batu5 : kira kira 4 jam lagi pusat pengundian akan dibuka...batu5 berharap semua petugas dapat menjalankan tugas yang diamanahkan dengan sepenuh tanggungjawab; bersama sama kita pastikan kemenangan saudara Ijat . Insyaallah

*Batu 5 akan melaporkan keadaan semasa dipusat pengundian sekolah lay keow dari masa ke semasa .

Just Around The Corner

Tinggal kira kira 12 jam lagi pengundi permatang pasir akan membuang undi di pusat pusat pengundian . Tinggal 6 jam lagi saja kempem boleh dijalankan . Oleh yang demikian batu5 menyeru semua jentera BN janganlah putus atas memujuk pengundi agar mengundi calon BN iaitu saudara Ijat . Sedarkan pengundi² tentang apa yang dibawa PAS sudah tidak boleh dipakai lagi.PAS sudah tersasar dari perjuangan asal.Malam ini batu5 menjangkakan suasana makin panas;oleh yang demikian diharap unit keselamatan BN bersedia dengan taktir kotor PAS yang pastinya diketuai oleh saudara JUBORi . Sekalung penghargaan batu5 ucapkan kepada semua petugas² BN .

Ahad, 23 Ogos 2009

Program 24 Ogos 2009

Program : Jamuan Mesra Batu 5
Lokasi : Bilik Gerakan Cawangan Batu 5
Masa : 10.00 pm onwards

Program : Berbuka Puasa
Lokasi : Bilik Gerakan Permatang Janggus
Masa : 6.30 pm onwards

Program : Berbuka Puasa
Lokasi : Rumah Ketua Wanita Batu 5
Masa : 6.30 pm onwards

Batu5: Jika terdapat apa apa program yang ingin diupdate dalam blog batu5..sila sms details ke 012 5526121

Sekitar TPM bersama rakyat Permatang Janggus

Alhamdulillah program TPM bersama rakyat permatang janggus telah berlangsung dengan jayanya.Antara pengisian program ini adalah program bacaan yasin utk anak anak yang bakal menduduki peperiksaan,berbuka puasa bersama rakyat dan solat maghrib.Penduduk permatang janggus amat bertuah kerana TPM sendiri mengimamkan solat maghrib sebentar tadi.









Batu : buat pertama kali batu5 enterframe bersama ketua cawangan dan juga rombongan wilayah ... oklah..nak ke terawih..lepas ni nak ke cc plak...salam perjuangan

Sekitar Program Bubur Lambuk Bersama KJ

Alhamdulillah program bubur lambuk bersama pemuda umno malaysia telah berlangsung dengan jayanya.Terima kasih kepada ketua pemuda umno malaysia saudara KJ yang sudi menghadirkan diri bersama sama pemuda permatang janggus,batu 5,bayan baru,nibong tebal dan wilayah dalam menjayakan program ini.Sedikit gambar sekitar program ..







Batu5:Oklah nak bersiap ke program berbuka puasa bersama TPM..insyaallah lepas maghrib akan diupdate program tersebut

Sabtu, 22 Ogos 2009

Program 23 Ogos 2008

Program : Bubur Lambuk Bersama KJ
Lokasi : Bilik Gerakan Permatang Janggus
Masa : 4.00 pm onwards

Program : Majlis Berbuka Puasa Bersama TPM
Lokasi : Masjid Permatang Janggus
Masa : 7.00 pm onwards

Program : Majlis Berbuka Puasa Bersama Belia 4B Permatang Tengah
Lokasi : Surat Permatang Tengah
Masa : 7.00 pm onwards


HEBAHKAN KEPADA RAKAN RAKAN ... BERSAMA SAMA KITA HADIR MERIAHKAN MAJLIS ...

Ceramah 22 Ogos 2008

Selepas solat terawih telah berlangsung satu program ceramah yang dibawakan khas oleh Unit Penerangan . Ceramah pada malam ini telah menampilkan 2 orang penceramah yang mana dahulunya orang kuat PAS dan PKR.Penceramah yang dimaksudkan adalah saudara Hamizon Saidin (bekas ketua AMK selangor) yang kini telah kembali ke pangkuan UMNO.Beliau kini menjawat jawatan sebagai setiausaha bahagian kapar selain bertugas sebagai peguam.Penceramah kedua adalah Ustaz Abdul Najib yang dahulunya orang kanan PAS Pusat yang kini bertindak sebagai penceramah bebas.Antara pengisian ceramah pada malam ini adalah tentang Islam yang makin dipermainkan di Malaysia khususnya selangor.Isu semasa tentang betapa hipokritnya PAS dan NIK nAJIS.



Jumaat, 21 Ogos 2009

Majlis Berbuka Puasa Bersama TPM

Tarikh : 23 Ogos 2009
Hari : Ahad
Lokasi : Masjid Permatang Janggus
Masa : 6.00 pm onwards

Semua hadirin dijemput hadir . Semoga Ramadhan kali ini memberi keinsafan kepada kita.Hebahkan kepada rakan rakan seperjuangan .

Jentera Poster Batu 5





Kali ni Batu5 saja ja nak kenalkan jentera poster cawangan . Bukan apa...depa ni bertungkus lumus dok penaik bendera dikawasan berhampiran bilik gerakan.Batu5 kenalkan serba sedikit jentera poster ni,terdiri dari 10 orang ahli cawangan ; firdaus,man,izhar,zul,fahmy,anis,amsa,yon,emy dan zaidi.

Khamis, 20 Ogos 2009

PAS terdesak

Calon BN Rohaizat Othman menafikan dakwaan bahawa beliau mempunyai isteri yang kedua yang dikenali sebagai 'Hafizah', sepertimana yang didakwa oleh Ketua Dewan Pemuda PAS, Nasrudin Hasan.

Nasrudin mendakwa Hafizah yang dikahwini oleh calon BN itu pada tahun 2005 merupakan ketua kerani, yang berkerja di pejabat Rohaizat selama lapan tahun yang kini tinggal di Jengka, Pahang.

Ketua Pemuda PAS itu juga mendakwa Hafizah menuntut agar Rohaizat "mengaku bahawa beliau adalah isteri keduanya".

Sehubungan itu ketika ditemui oleh pemberita di Tadika Wan Mun (c) Kubang Semang, Rohaizat berkata, dakwaan yang ditimbulkan oleh Nasrudin itu adalah "satu pembohongan semata-mata".

"Saya tidak ada isteri bernama Hafizah. Isteri saya Khairul Niza Abdul Razak. Saya tidak ada isteri bernama, Hafizah. Saya tidak berkahwin tahun 2005. Saya menafikan.

"Ini adalah pembohongan semata-mata. Saya tidak mempunyai isteri bernama Hafizah. Isteri saya seorang sahaja," katanya

Rohaizat berkata demikian bagi menjawab dakwaan Nasrudin dalam satu sidang media yang mendakwa calon BN itu mempunyai isteri yang kedua yang dikahwininya pada 2005 dan didaftar perkahwinan itu pada 2008.

‘Kenal keluarga Hafiza'

Dalam sidang media itu juga, Nasrudin mendakwa Rohaizat telah mengabaikan Hafizah tanpa memberi nafkah yang adil dan perhatian yang adil.

"Jadi saya persoal ketidakadilan itu. Tidak wajar beliau menjadi seorang pemimpin, untuk memimpin rakyat. Selesaikan dulu masalah rumah tangga dia, baru boleh selesai rakyat Permatang Pasir," kata Nasrudin sambil menambah beliau tidak berniat dan tidak suka untuk mencampuri urusan rumahtangga calon BN itu.

Nasrudin mendakwa beliau mengenali keluarga Hafizah dan mendakwa Hafizah sendiri yang menghubunginya untuk menceritakan perkara itu.

Ditanya sekiranya dakwaan ini menimbulkan kerisauan kepadanya, Rohaizat berkata perkara tersebut tidak merisaukannya.

"Saya minta kepada PAS, pembangkang, cukup-cukuplah membuat tuduhan kepada saya. Lepas ini saya tidak akan layan lagi kerana PAS cukup tertekan dengan keadaan kerana tidak dapat sokongan daripada pengundi Permatang Pasir.

"Saya menyeru kepada jentera-jentera BN di Permatang Pasir, peluang untuk menang amat tinggi," katanya.

Dalam sidang media itu juga, Nasrudin berkata, beliau bertanggungjawab di atas dakwaan yang beliau katakan itu

Batu5:Wei Parti Angkut Sampah..jgn main taik la wei..kempen elok elok...jgn dok fitnah sana sini..kang kena panah petir kan...bodo la sapa dok sokong pas...sebab sokong pas umpama sokong bapak segala fitnah

bapak segala fitnah = nik ajis pencacai tua

Ceramah JASA & Sumbangan Hamper

Semalam kira kira jam 9.30 malam 20 Ogos 2009 telah berlangsung satu program amal yang telah mendapat kerjasama pihak JASA dan juga wanita UMNO . Program bermula dengan ceramah oleh pegawai JASA ; Encik Mehat Hanifah yang telah memberikan penerangan yang begitu jelas sekali . Selepas selesai ceramah Encik Mehat telah sudi menyampaikan sumbangan hamper kepada yang memerlukan dikawasan Batu 5.







Rabu, 19 Ogos 2009

Inilah PAS...parti angkut sampah Pakatan Rakyat


Tengok gambar diatas...bila pi kawasan cina dengan dap..ilang ketayap...ala ala husam la plak ustaz salleh man kita ni...macam ni ka nak jadi pemimpin perjuangkan islam...nanti pi kawasan india...pakai sarii la kot...poster baguih punya islamic...bila ngan dap...terbang abih islam...ni puak puak jumud...macam ni yang hampa kata islam no...dap tu dah tentu kapiaq...bulih plak dok pi comolot...hiaaaaqqq tuih sama PAS

Update 5.17pm

Dipetik dari : http://ruangbicarafaisal.blogspot.com/2009/08/mujahid-yusof-rawa-sahkan-calon-pas.html

Perangkap sudah mengena dengan satu panggilan telefon sahaja. Tengahari tadi saya ada menerima satu sms daripada seorang rakan yang mengatakan Calon PAS Permatang Pasir pernah menyelewengkan duit dana P/raya Permatang Pauh sebanyak RM 60 ribu.(Rujukan)

Setelah mendapat sms tersebut tengahari tadi pening juga kepala saya untuk mencari kesahihan berita berkenaan. Saya cuba menghubungi beberapa orang,termasuk wartawan. Malangnya mereka sendiri pun tidak berani mengesahkan.

Lantas saya teringat seorang kawan saya yang pernah berada dalam kepimpinan PKR negeri satu masa dulu. Tetapi tidak lagi sekarang. Beliau masih lagi menjalinkan hubungan yang rapat dengan pemimpin-pemimpin PAS sekarang. Saya minta beliau bertanyakan perkara berkenaan kepada Mujahid Yusuf Rawa. Beliau bersetuju.

Selepas itu beliau menghubungi saya kembali dan memberitahu yang Mujahid telah mengesahkan memang benar Calon PAS berkenaan ada mengambil sebanyak RM 60 ribu duit p/raya Permatang Pauh dan menyimpan di dalam akaun syarikatnya. Khabarnya wang tersebut telah lesap dan PAS Pusat membayarnya kembali,sebelum ianya dijadikan isu oleh BN. Mujahid juga meminta beliau merahsiakan perkara berkenaan.

Terima kasih diucapkan kepada Mujahid kerana telah membuka baju untuk menunjuk kurap di badan sendiri.

Saya tahu,saya akan dimarahi oleh rakan saya kerana menyiarkan artikel ini. Beliau bimbang pemimpin PAS tidak akan percaya kepada beliau lagi,kerana mereka telah meminta rakan saya merahsiakan perkara ini. Saya yakin 100 % beliau akan meminta saya menarik balik artikel ini.

Batu5 : Tudiaaaaaaaaaaaaa..dok kata dah..patut la 6 kali bungkuih..iskh iskh..kalau dok pilih jugak..memang BODO la...

Majlis Penyerahan Peralatan Sukan

Kira jam 5.30 petang tadi bertempat di perkarangan Pusat Gerakan PEMUDA Bahagian Permatang Pauh telah berlangsung satu majlis penyerahan peralatan sukan kepada semua cawangan di DUN Permatang Pasir.Dato Razali - Timbalan Menteri Belia Dan Sukan telah hadir menyampaikan peralatan tersebut kepada semua ketua pemuda cawangan.Turut hadir memeriahkan majlis cikgu zaidi dan saudara norman.Sedikit gambar sekitar majlis