Rabu, 29 April 2009

Tudia...dah pecah belah dahhhh...



PAS Permatang Pauh beku jentera p'raya
Abdul Rahim Sabri | Apr 29, 09 12:36pm
PAS Kawasan Permatang Pauh membeku jentera pilihanrayanya di setiap peringkat berkuatkuasa serta merta.

Yang Dipertuanya, Omar Hassan berkata, keputusan tersebut dibuat sebulat suara dalam mesyuarat jawatankuasa PAS kawasan itu malam tadi.

Ditanya sama ada keputusan itu bermakna, PAS kawasan itu tidak akan berkempen membantu calon PKR dalam pilihanraya kecil DUN Penanti, beliau berkata:

"Ini bukan satu boikot (terhadap PKR) tetapi untuk membolehkan kita fokus untuk memperkasakan parti di semua peringkat di Permatang Pauh".

Batu5:
Aha...tengok...macam ni ka pakatan?depa mana bulih bersatu...ni dah nampak pecah belah...harap perpecahan mereka akan terus menerus...pas sepatutnya berjuang dengan agenda ISLAM .. ni tidak..pi join puak puak jumud...yang untung....DAP komunis hara jadah ... kepada semua pengundi penanti...anda berhak mengaramkan puak puak jumud ni...insyaallah

Isnin, 27 April 2009

Pilihanraya DUN Penanti - p044



Batu5:
Batu5 mengharapkan agar seluruh warga kerja BN akan mengembeling tenaga agar memastikan calon BN menang pada prk nanti...kita gegarkan puak puak jumud kali ni...insyaallah

Khamis, 23 April 2009

Melopong abih puak puak jumud PKR

Bila PM kita umumkan penghapusan 30% ekuiti bumiputera...habis melopong puak puak jumud PKR .. hentam PM dalam blog blog pro PR...



Najib drops Bumiputera quota for services sector

KUALA LUMPUR, April 22 - Datuk Seri Najib Razak today freed the country’s services sector by ending the 30 per cent Bumiputera equity rule in an attempt to improve Malaysia’s competitiveness in the softening global economy.

The Prime Minister, who is also the finance minister, promised further liberalisation, saying that he would announce details of the liberalisation of the financial sector next week.

Reading from a prepared statement the Prime Minister said he expected a greater flow of foreign investments in the services sector which currently forms 11 per cent of total investment.

“Recognising the growth potential in the services sector, the government has decided to immediately liberalise 27 services sub-sectors, with no equity condition imposed. These sub-sectors are in the areas of health and social services, tourism services, transport services, business services and computer and related services,” said Najib.

The government, he added, would also allow foreign legal firms to practice in the country but to only offer services in Islamic finance.

“As part of the measures to develop Malaysia as an international Islamic financial hub, the legal profession will be liberalised to allow up to five top international law firms with expertise in international Islamic finance to practice in Malaysia,” said Najib.

Other services liberalised are in the areas of health and social services, tourism services, transport services, business services and computer and related services.

Najib also announced an allocation of RM100 million to be managed by the Malaysian Industrial Development Authority (MIDA) to strengthen the local services industry in facing the liberalisation.

“The liberalisation initiatives will not adversely affect the domestic services industry. The government will continue to support the industry in capacity building and in the opening up of export markets,” said Najib.

When asked on the sub-sectors selected to be liberalised, Najib said it was part of Malaysia’s commitment to Asean on liberalisation.

“It’s in line with what Asean countries are doing. Some (of our measures) are better,” he told reporters.

Najib however refused to give out details on the liberalisation of the financial sector.

“I want it to be full of surprises,” he said.

Batu5 :
Sepatutnya kita perlu tunggu dan lihat apa perubahan yang bakal dilalukan oleh PM baru kita ni..bukan menghentam tanpa usul periksa...batu5 harap semua rakyat Malaysia boleh bersabar dengan perubahan yang bakal dilalukan oleh PM ke-6 kita ni...insyaallah pasti menguntungkan semua pihak...kepada sahabat sahabat blogger...layarilah blog blog pro PR....terangkan secara rasional agar pembaca blog mereka bukak minda dan bukak hati ... insyaallah

Rabu, 22 April 2009

Padan muka melayu PENANG



PULAU PINANG: Kerajaan negeri diarahkan membayar kira-kira RM14.68 juta kepada Mahkamah Tinggi Pulau Pinang berhubung kes tanah membabitkan kerajaan negeri dan seorang individu.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berkata, kes itu membabitkan Tang Hak Ju sebagai pemohon dan Ketua Menteri Pulau Pinang, Setiausaha Kerajaan negeri serta Pegawai Kewangan negeri sebagai responden.

"Kes ini masih dalam tempoh rayuan. Sementara menunggu rayuan, mahkamah meminta kerajaan negeri membayar separuh daripada jumlah gantirugi yang keseluruhannya sebanyak kira-kira RM29.36 juta," katanya di sini, hari ini.

Lim berkata, kerajaan negeri akan mengemukakan rayuan kepada mahkamah untuk menangguhkan tempoh bayaran itu.

Pada 19 Februari 2008, Mahkamah Tinggi Pulau Pinang memerintahkan responden mendepositkan RM14.68 juta kepada mahkamah dalam tempoh dua bulan daripada tarikh perintah dikeluarkan.

"Kita akan bentangkan Rang undang-undang Perbekalan Tambahan pada persidangan Dewan Undangan Negeri pada sesi akan datang Julai ini bagi mendapatkan kelulusan mengeluarkan wang untuk membayar tuntutan itu," katanya.

Skandal tanah itu membabitkan kerajaan negeri sebelum ini yang memajak tanah seluas 4.2 hektar kepada Tang dan kemudiannya membatalkan perjanjian itu.

Kes itu dibawa ke mahkamah dan kerajaan negeri kemudiannya diarahkan untuk membayar RM40 juta kepada pemohon dan selepas rayuan, jumlah itu dikurangkan kepada RM29.35 juta.

Ketika ini, kerajaan negeri sedang menunggu keputusan mahkamah terhadap rayuan bagi mengurangkan lagi jumlah itu.

Batu5:
Padan muka puak puak jumud melayu penang yang dok sokong pr..tengok...abis tergadai duit rakyat ... patutnya duit tu boleh disalurkan utk komuniti...ni dok kena perabis bayaq kat orang ... ni baru setahun lebih...kalau 5 tahun..batu5 rasa...penang jadi singapore la..lepaih ni..melayu abih jadi balaci ... sedaqlah wahai sahabat² sekalian...kita tenggelamkan pr masa prk dun penanti ... insyaallah

Ahad, 19 April 2009

DAULAT Tuanku



Sultan Perak Sultan Azlan Shah dan Raja Muda Raja Dr Nazrin Shah telah menyampaikan titah menyengat yang jelas menyentuh tentang tindak tanduk kumpulan politik tertentu dalam kontek senario politik di Perak kebelakangan ini.Titah berkenaan dibuat semasa istiadat penganugerahan darjah kebesaran negeri Perak sempena ulang tahun keputeraan ke-81 baginda di Istana Iskandariah di Kuala Kangsar , Ahad.Sultan Azlan membidas tindakan kumpulan politik tertentu yang sampai ke peringkat menghasut rakyat untuk mencetuskan huru-hara selain turut mencemar institusi raja dengan menyemai rasa benci rakyat terhadap raja merupakan satu perbuatan 'menyalakan api dalam sekam' yang amat berbahaya dan boleh memusnahkan kerukunan rakyat dan negara.Menurut baginda bahawa seseorang raja sebenarnya berada di atas politik dan tidak boleh turun untuk berdebat dengan terbuka dalam memberi jawapan dan penerangan untuk menangkis tohmahan dan fitnah yang dilemparkan oleh kumpulan politik tertentu."Betapa perbuatan kuasa politik telah mencemar dan mempamerkan wajah hodoh dengan membenarkan kelakuan orang-orang sedemikian. Matlamat kini dibenarkan menghalalkan cara

batu5:
buat malu kat siam ja...depa makan semua x cukup..huru hara sini sana...tapi raja tetap depa hormat...politik tetap politik...raja tetap raja...semua ni punca dari puak puak jumud pr ni lah...ajaq bangsa asing utk tidak hormat raja raja melayu...sampai ada yang berani maki hamun secara terbuka...ingat...kerana anda...anak anak kita nanti maybe tak kenai lagi dah asal usul kesultanan tanah melayu...mau malaysia jadi cam singapore ka?

anwar takut bini rupanya



petang tadi..saja la batu5 pi lepak kat kedai makan depan rumah...dok sembang ngan memba memba...kat meja sebelah ada puak puak jumud pkr ... ada dgr ura ura..depa dok cakap....anwar nak bini dia jadi tkm1 .. tu pasal dia gulingkan pak ngah peroz...dia nak bini dia bertanding dun penanti dan kalau menang..leh jadi tkm...kira balas jasa la kononnya...batu5 pun tatau betul ke idak..so...batu5 harap...kita harus bekerja keras..utk menidakkan kak wan jadi tkm..hidup umno


**kenyataan dibawah ini disiarkan selepas 8 jam batu5 siarkan sembang kedai kopi diatas**
*hehehe..x sangka..ada gak puak jumud ikuti blog ni ek...baru memancing..dah mula maki hamun sana sini...anda risau ke? takut umno takeover dun penanti?blog ni baru lagi la...rupanya ada gak puak puak jumud monitor ek...kepada para sahabat dalam umno...lihat..kita baru mula blog..depa dah cuak ... teruskan usaha wahai sahabat bloggers sekalian...hidup umno

Khamis, 16 April 2009

tudia....pak ngah peroz...teruih blahhhh

Bekas Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang Fairus Khairuddin umum beliau letak jawatan sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Penanti berkuatkuasa hari ini.Beliau yang kini sedang disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung kes sebuah kuari buat pengumuman itu menerusi satu kenyataan.Katanya beliau buat keputusan itu demi kepentingan PKR.Penanti terletak dalam kawasan Parlimen Permatang Pauh yang merupakan kubu kuat Datuk Seri Anwar Ibrahim.Semasa pilihanraya umum Mac 2008 lalu Fairus tewaskan calon BN Datuk Jalil Majid dengan majoriti 2,219.Fairus dapat 7,346 dan Jalil 5,127.Jumlah pengundi kawasan itu ialah 15,421

Batu5:
Haa..apa lagi..puak puak penanti...hampa mau sedaq la...kalau x sedaq lagi aku tak tau nak kata apa lagi dah...jgn dok percaya lagi dah kat anwar tu..pemuhong besaq tu...kepada semua ahli UMNO pakat pakat buat kerja no...insyaallah kami geng batu5 akan pi sapot DUN penanti..

Sabtu, 11 April 2009

www.kerajaanrakyat.com



Nota Batu5:
Kepada blogger UMNO & ahli UMNO yang mempunyai akses internet...tolong layari blog diatas kerana blog ini selalu menghentam tanpa usul periksa...adalah menjadi tanggungjawab kita utk menerangkan apa yang betul agar puak puak jumud PR sedar yang mereka sedang ditipu oleh blogger yang dibayar oleh PR...batu5 berharap mendapat kerjasama semua ahli UMNO

Jangan guna KBS untuk raih sokongan belia kepada Umno - Mahfuz



Wan Nordin Wan Yaacob
Sat | Apr 11, 09 | 1:11:50 pm MYT
SEREMBAN, 11 April (Hrkh) - Menteri Belia dan Sukan (KBS) yang baru, Dato' Ahmad Shabery Cheek dinasihatkan agar tidak menggunakan KBS sebagai platform meraih semula sokongan belia kepada Umno. Iklan



Demikian kata Ketua Penerangan PAS, Dato' Mahfuz Omar kepada Harakahdaily sebentar tadi ketika mengulas kenyataan Shabery berhubung isu kelesuan sokongan belia kepada Umno.

Shabery dalam laporan televisyen semalam dipetik sebagai berkata, beliau akan bekerja keras bagi memastikan golongan belia kembali menyokong Umno.

Ujar Mahfuz, seharusnya tugas untuk menarik sokongan belia digalas oleh Ketua Pemuda Umno yang baru,Khairy Jamaluddin,bukannya KBS.

KBS adalah organisasi kerajaan yang sepatutnya menjalankan tugas membangunkan sahsiah dan akhlak belia hari ini yang semakin parah.

"Bukan tugas KBS untuk menarik sokongan belia yang secara puratanya menyebelahi Pakatan Rakyat dalam tiga pilihan raya kecil yang baharyu sahaja berlalu.

"Sepatutnya tugas ini digalas Khairy, dan Khairy sendiri akui beliau mahu menyahut cabaran Presiden Umno, Najib Tun Razak agar pemuda menarik kembali sokongan belia," kata Mahfuz.

Sambil menyifatkan kenyataan Shabery itu sebagai satu penyalahgunaan jentera kerajaan, Mahfuz menasihatkan Shabery agar berusaha membangunkan mutu sukan negara yang semakin merosot terutamanya di peringkat antarabangsa._

Nota Batu5:

Ini satu lagi otak beku puak jumud Parti Angkut Sampah...dah nama pun KBS...memang kena kasi belia aktiviti berfaedah dah berdisiplinlah...yang dok risau belia nak sokong UMNO ka apehal?dah menteri pun dari UMNO..suka hatilah nak buat apa pun...UMNO Drag Day ke?UMNO Drift ke?UMNO Autoshow ke?UMNO Futsal ke? lu orang apehal?bila lu orang bikin aktiviti..ada UMNO halang? kepada puak puak jumud .. sedarlah...anda boleh lihat baru baru ni...di kota bharu...bersukan..tapi x da semangat kesukanan..inilah nilai yang diterap oleh PAS selama berkurun perintah kelantan yang kononnya serambi makkah...

Jumaat, 10 April 2009

KJ tetap Ketua Pemuda


Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin berkata beliau tidak kecewa kerana tidak dilantik menganggotai barisan kabinet baru.Sebaliknya, tegasnya, beliau telah diberi tugas lain oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Ahli Parlimen Rembau itu berkata, beliau telah mengadakan pertemuan dengan Najib semalam.

Dalam pertemuan itu, katanya, Najib memintanya supaya memberi tumpuan kepada usaha memperkukuhkan parti.

“Presiden Umno itu mahu saya menumpukan kepada kerja-kerja parti.

“Beliau telah memberi saya tugas untuk menarik lebih ramai pengundi muda supaya menyokong Umno dan BN,” katanya.

Sehubungan itu, katanya, beliau berterima kepada presiden Umno itu kerana memilihnya untuk memikul tugas tersebut.

Menurut Khairy, beliau akan menumpukan tugasnya ke arah memperkukuhkan parti sepertimana yang dihasrat oleh perdana menteri.

Beliau juga mengucap terima kasih kepada Najib kerana melantik naibnya, Datuk Razali Ibrahim sebagai timbalan menteri belia dan sukan.

Menurutnya, kabinet baru itu telah membariskan menteri dan timbalan menteri yang baik yang mampu untuk membantu perdana menteri melaksanakan agenda pembaharuan.

Beliau juga berharap anggota kabinet baru itu akan bekerja keras untuk merealisasikan objektif dan aspirasi rakyat Malaysia.

Khairy bagaimanapun enggan mengulas apabila ditanya sama ada mantan perdana menteri ada campurtangan dalam pelantikan anggota kabinet baru itu.

Nota Batu5:
Tahniah KJ...walaupun tidak tersenarai...anda tetap pilihan kami...teruskan usaha memperkasakan Pemuda...semangat setiakawan yang anda terapkan patut disemai dari akar umbi agar pru 2011...semua pemuda melayu menyokong perjuangan UMNO...go go KJ

SPRM sudah sedia nak bentang rasuah Fairus TKM1 PP


Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menghantar kertas siasatan berhubung dakwaan rasuah melibatkan bekas Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang, Mohammad Fairus Khairuddin ke Bahagian Pendakwaan hari ini.
Pengarah Siasatan SPRM Datuk Shukri Abdull berkata SPRM telah meneliti kertas siasatan berkenaan dan mendapati pada peringkat siasatan ia telah lengkap.
“Pada peringkat siasatan, ia telah lengkap tetapi jika pihak pendakwaan mahu kita menambah siasatan atau sebarang fakta bagi melengkapkan kertas siasatan berkenaan, SPRM akan melakukannya,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.
Ditanya bila pendakwaan berhubung kes itu akan dilakukan, beliau berkata ia bergantung kepada Bahagian Pendakwaan untuk tindakan seterusnya.
“Sabarlah, bagi peluang kepada Bahagian Pendakwaan untuk meneliti kes itu dulu sebelum membuat sebarang keputusan atau tindakan selanjutnya,” katanya.
Mengenai sama ada Mohammad Fairus akan ditahan, Shukri enggan mengulas lanjut dan meminta semua pihak tidak membuat sebarang spekulasi berhubung perkara itu.
SPRM membuka kertas siasatan berhubung dakwaan dua pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) negeri ini yang disyaki terlibat dalam penyelewengan membabitkan syarikat kuari di Seberang Perai.
Pendedahan berkenaan dibuat oleh Ketua Angkatan Muda (AMK) Kepala Batas, Amizuddin Ahmat pada Februari lepas dan ia dipercayai menjadi punca kepada peletakan jawatan Mohammad Fairus. BERNAMA

Nota Batu5:
Elok sangat la mangkuk ni dilondeh kow kow...bukan apa...baru setahun dapat kuasa dok buat penanti serupa dia yang punya...kepada pengundi dun PENANTI...sedaqlah...sampai bila hampa nak jadi katak bawah tempurung...dok kena pemuhong ngan pak nuar...pak nuar tu meroyan nak jadi PM...sampai kiamat pun dia tak leh jadi la...sedaqlah wahai saudara ISLAMku...